Muka Depan

Selamat datang ke laman blog Pendidikan Seni Visual SMK Sultan Ismail. Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta bahan - bahan, sumber berkenaan akademik dan bahan - bahan bantu mengajar untuk guru - guru atau murid - murid serta pengunjung yang ingin berkongsi ilmu pengetahuan. Terima lasih kepada semua yang berkongsi maklumat dan bahan untuk tujuan memastikan anak didik kita semua berjaya ke puncak kejayaan. TERIMA KASIH!

Cetakan

Pengenalan Cetakan

Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.

Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.

Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15.

Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.

Jenis-jenis Cetakan

1. Cetakan timbulan:


Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.

Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.



2. Cetakan benam:

Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.

Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.

Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.


3. Cetakan planograf:

Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.

Dikenali juga sebagai litografi.

Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.

Menggunakan blok batu kapur.

Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.



4. Cetakan stencil (sarigrafi):

Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.

Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.

Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.


Catan

Catan ialah proses menggambar menggunakan media warna di atas permukaan rata.

žžFungsi catan

  • Menyampaikan mesej
  • Menyampaikan hasrat diri
  • Meluahkan perasaan
  • Merakam sejarah

Bahan



Cat Minyak

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.
2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak poppy, atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat.
3. Bahantara: turpentin.
4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan berkilat atau kasar dan berjalinan terpulang kepada teknik yang digunakan

 

Cat Air
1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub.
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.



Cat Poster

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau botol.
2. Ciri-ciri: bersifat legap.
3. Bahantara: air.
4. Alat: berus pelabagai saiz jenis lembut atau keras.
5. Kertas katrij tebal atau licin.


Cat Akrilik

1. Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering
2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an.
3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto
4. Bahantara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering
5. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.


Cat Tempera

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk
2. Pengilat: kuningg telur
3. Bahantara: air.
4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama seperti catan air di atas kertas. Akan memberi kesan seperti catan cat minyak jika pada permukaan keras dan tebal.
5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis lembut atau keras seta tempat pembancuh warna.
6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya.

TEKNIK WARNA AIR
 ž     Basah atas basah
      Basah atas kering
      žKering atas basah
ž      Kering atas kering
catan teknik basah atas kering
TEKNIK CAT MINYAK
žTeknik glazing
žTeknik titik
žTeknik scumbling
žTeknik impasto
žTeknik hard edge
 
The Sunflowers, Vincent van Gogh, 1888.

Lukisan

PENGENALAN

Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan. Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya. Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan.
TEKNIK-TEKNIK LUKISAN
Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur. Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran.

Media Lukisan

1. Pensel

1. Dibuat daripada arang dan tanah liat.
2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
3. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.

pensel mempunyai pelbagai saiz

saiz yang berbeza memberi kesan ton yang berbeza

Contoh-contoh lukisan pensel


Contoh lukisan pensel


2. Arang
1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
2. Media yang tertua sekali.
3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

arang yang digunakan untuk melukis

arang juga dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengendalian
Beberapa jenis arang yang terdapat di pasaran

Kesan lorekkan daripada arang

Hasil karya daripada media arang

Hasil karya lukisan media arang

3. Media Pen dan ink
1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya
2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci

Pen teknikal beri kesan halus pada lukisan

Pen teknikal mempunyai pelbaga saiz

Pen kaligrafi juga mempunyai pelbagai saiz
lukisan media pen

Lukisan pen menggunakan teknik titik

4. Media Pastel
1. Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza.
2. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal

Kesan lorekan oil pastel dan soft pastel

Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon

Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret

lukisan media pastel

Lukisan media pastel

PROSES MELUKIS
Pilih objek yang hendak dilukis. Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya. Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan. Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut. Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang.

Prinsip Rekaan

Prinsip rekaan amat penting dalam penghasilan sesebuah karya seni. Dengan adanya, prinsip-prinsip ini kita dapat memberikan kritikan dan pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya seni dalam bidang seni visual. Antara prinsip yang terdapat dalam prinsip rekaan dalam bidang seni visual ialah seperti berikut :

3K 2I PH ( singkatan nota untuk mudah diingati )
3K - " Kontra, Kepelbagaian, Kesatuan "
2I - " Imbangan , Irama & pergerakan "
P - Penegasan
H - Harmoni

1. Harmoni.
2. Kontra.
3. Penegasan.
4. Imbangan.
5. Irama dan Pergerakan.
6. Kepelbagaian.
7. Kesatuan.

Harmoni
 
Harmoni ialah tindak balas tampak di dalam alam dan karya seni yang menyepadukan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, rupa, bentuk, jalinan dan ruang. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu. Harmoni tidak wujud jika ada ciri-ciri yang bercanggah. Harmoni mewujudkan keselesaan, kesesuaian, keseragaman, ketenangan dan kesatuan.

Harmoni Bentuk
Kontra
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.
Kontra dari segi warna.
Penegasan
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan. Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan. Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan.

                                 Penegasan pada (pulau)                       Penegasan pada (tajuk buku)

Imbangan

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
1. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut).
Imbangan Simetri.
2. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.
Imbangan Tidak Simetri.

Irama dan Pergerakan
 
Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya. Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.

   

Kepelbagaian 

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.



Kesatuan

 Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.


Unsur Seni

Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.

Unsur-unsur seni.

  1. Garisan
  2. Rupa
  3. Bentuk
  4. Jalinan
  5. Ruang
  6. Warna

Garisan.
Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu.
Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam menwujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak.
Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya.
 



http://chekgusempoi.files.wordpress.com/2012/05/jenis-garisan.png

 
Rupa.

Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titik permulaannya. Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja.
 
Rupa terbahagi kepada empat iaitu :

  • Rupa geometri
  • Rupa organik
  • Rupa negatif
  • Rupa positif
  
Rupa Geometri                                  Rupa Organik

Bentuk
Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu.
Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :

  • Bentuk konkrit
  • Bentuk ilusi

Bentuk Konkrit                                                     Bentuk Ilusi

Jalinan.
Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam seseuatu permukaan objek.
Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :

  • Jalinan sentuh
  • Jalinan tampak

Jalinan Sentuh                    Jalinan Tampak

Ruang.
Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni.
Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif.
Ruang terbahagi kepada dua iaitu :

  • Ruang terbuka
  • Ruang tertutup

Ruang Terbuka                                     Ruang Tertutup

Warna.
Warna memainkan peranan yang penting dalam menwujudkan suasana yang tidak bosan.
Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.
Warna terbahagi kepada :

  • Warna asas - merah, biru dan kuning
  • Warna sekunder - campuan dua warna sahaja daripada warna-warna asas
  • Warna tertiar
  • Warna monokrom - sewarna yang dicampur dengan warna putih dan hitam untuk mengawal kegelapan warna yang diingini.
  • Warna penggenap
  •  

Pelawat

Website counter