Apakah PBS?
APAKAH PBS?
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dioptimumkan untuk
mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan
dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif
(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan
sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran)
yang berasaskan sekolah .
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi: v
Pentaksiran Sekolah v Pentaksiran Pusat v Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum v Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod
dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran
yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai
semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan
dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema
pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang
ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan
melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti
jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan
aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan
marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti
bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).
Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability)
semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah,
minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini
tidak berasaskan kurikulum.
- Guru PSV
0 comments:
Post a Comment